Pages

Tuesday 20 December 2011

Bonus dan Perfume

Huhuhu..dah lama tk update blog..dulu masa takde blog, bile baca blog orang ternanti nanti bile la blogger tu nak update. Sekarang ni bila aku dh ada blog baru  tau .  Walaupun aku ada masa untuk mengupdate blog tapi idea, cerita n gambar takde maknanya bersawang la blog kita.  When story come out with idea n picture baru la best kan. Bukan nye nak merepek tak tentu kat blog ni.. 'PEACE' yo!

Lebih kurang 10 hari lagi berakhir sudah tahun 2011.  Bile nk masuk tahun baru mula la terasa mcm tak percaya je dh hujung tahun. Masa berputar seiring bumi berputar dgn begitu cepat tanpa disedari.  Mungkin semua dah ada azam tahun baru yang ingin ditunaikan pada tahun baru '2012'.  Aku pon dah ada azam baru yang ingin dilaksanakan tahun depan.  Moga2 kali ini impianku dapat dilaksanakan.. amin. I'll story on the next entry

Aku nak cerita bulan ni kakitangan kerajaan dah dapat bonus.  Semua menanti nantikan kehadiran bulan 12.  Aku pon salah seorang kakitangan 'badan berkanun' yang mendapat bonus.  Masalahnye bile dapat duit lebih ni macam2 yang aku rasa nak beli.  Bila kira2 barang2 yang aku nak beli melebihi duit bonus yang aku dapat. Muhahahaha>>> ape2 pon bulan ni aku nak beli perfume baru coz perfume dah habis.  Aku ni jenis seorang penggemar perfume yang berjimat cermat.  Maksud berjimat cermat aku bile aku beli perfume aku akan pakai sehinggalah ke titisan akhir perfume tu. If 2 tahun bertahan....after 2 tahun tu la aku beli yg baru. Aku belum boleh dikategorikan 'Perfumeholic'.. Aku hanya 'Durianholic'.. hehe!  So, di antara perfume tahun 2012 yang aku nak beli .......

Perfume ni bile aku terbau orang pakai .. mmg sedap bau dia. Tak pernah beli lagi

Dah lama nak try perfume ni .. belum tertunai

Gucci flora ni pon best bangat..
 Mungkinkah akan beli ketiga tiga jenis perfume ini ? Mampu lah sangat makk nak beli

** To all my frens blogger sesiape ada nak recommend perfume yang best2 sila lah post comment ek. tq


Tuesday 6 December 2011

Durian Oh Durian

Sekarang ni musim durian.  Kat tg malim mana2 je tepi jalan ada je yg menjual durian.  Bila musim durian datang.. aku tak lepaskan peluang untuk membeli lagi2 pulak aku adalah PENCINTA DURIAN.  Orang mcm aku ni mmg jakon la kalo musim durian.  Kebetulan officemate aku ada pokok durian dan aku memang ambik dengan dia je.  Berbaloi baloi beli dengan officemate aku ni. RM10 boleh dapat 5biji @ lebih mengikut stok yang ada ;) Ada satu je masalah aku ni kalo nak makan durian sebabnye adalah .... 




  •  
  •  
  •  
Suamiku Bukan Pencinta Durian..Suamiku hanya Pencinta Ayam 

Walaupun suamiku tak makan durian.. tk suka bau durian.tapi tak menghalang aku untuk menikmati keenakan buah durian.  Ada syarat-syaratnye kalo aku nak makan durian ni .. 
  1. Beli sendiri ..pandai2 aku la
  2. Pastikan tingkap kereta dan bonet dibuka seketika bila sampai rumah (untuk mengeluarkan bau2 durian)
  3. Letak durian di luar rumah ..
  4. Pastikan kulit2 durian terus dibuang selepas makan
  5. Jangan simpan durian dalam peti ais (aku simpan jugak)
  6. Gosok gigi.. cuci tangan utk hilangkan bau2 durian
Tapi aku sangat2 hargai pertolongan suami ku untuk tolong aku belah buah durian.  Walaupun dia membebel bebel mcm makcik berbunyi "nak makan tapi tak pandai belah.. lain kali nk bukak panggil. kalau kena tangan ...." thanks papa. huhuhuhu... caring jugak rupanye ;) So, kalo aku makan durian mmg aku akan ikut syarat2 spt di atas. Sangat tertib bukan. Tak kisah la janji aku dpt makan.  Buat masa ni aku telah berjaya mempengaruhi anak aku Safwan untuk sama2 merasai keenakan buah durian. Anak aku Rayyan sudah mestinye follow papa dia 'like father like son' 

Ada 9biji semuanye

Ini dia hasil 2biji durian yang telah dikopek.. aku telah menghabiskannya malam tadi. Ada lagi 7biji
  • Ada tak follower aku sang "Pencinta Durian"

    Sunday 4 December 2011

    Mood cuti n shopping YES..YES..YES..Sale

    Hari ni 5/12/12 mood saya adalah cuti dan shopping .. mr husband belanja.muhahahaha (gelak jahat).semalam lagi dah sampai kl jumpa adik kat midvalley.sempat jugak aku rembat 4 psg baju.price not bad coz skrg YES Sale.hari ni nak p Sogo n Jalan TAR.ntahla mcm mana keadaan nanti aku nak shopping coz my two little hero also follow.mr husband nak bawak jugak.kalo ikut aku tglkan aje kt taska senang nak beli barang.ok..times up.ready to go Sogo..bye2 . c ya on the next entry

    Thursday 1 December 2011

    Tentang Dhia..

    Sekarang ni tengah menggilai slot akasia tv3 "Tentang Dhia".. Terpaksa say sorry to my  2 little hero sebab siaran kartun dorang hanya akan dipasang jam 8mlm ke atas. Nasib la anak2 memahami.. Dari awal follow drama ni jalan cerita dia menarik gak. Cerita ini berkisahkan percintaan 3 segi.  Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia yang berdiri antara dua lelaki yang sangat dikasihinya , dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang. Dhia seorang gadis kampung yang disukai ramai kerana perwatakan yang ayu, lembut dan cantik.  Kisah2 percintaan Dhia diuji dengan kehadiran orang yang cemburu dgn apa yang dimilikinya.  Tapi sebenarnya yang buat aku suka sangat cerita ni sebab ada pelakon yang merangkap hero dalam cerita ni .... 




    •  

    A.D.Y.P.U.T.R.A.



    Suka sangat kalo mamat ni berlakon. Mamat ni macam ada karisma dia tersendiri yang boleh buat kita sebagai penonton macam saya ni suka kat dia. Kalo tak silap banyak jugak drama yang dia berlakon antaranye yang ada tayang kat astro sekarang "Suria di Cordoba". Tapi citer ni macam tak menarik je. Mungkin jalan cerita mempengaruhi sesebuah drama dan  kemudian baru la para pelakon.  Harap2 cerita ni berakhir dengan kesudahan cinta yang romantis..





    Antara part yang aku paling suka masa ni Zikir (Ady Putra) tengah usha Dhia dari jauh...malu-malu kuching. Aku sebagai penonton pun malu2..

    •  
    Ada tak blogger yang layan cerita ni. tinggalkan komen anda ;)