Pages

Thursday 1 December 2011

Tentang Dhia..

Sekarang ni tengah menggilai slot akasia tv3 "Tentang Dhia".. Terpaksa say sorry to my  2 little hero sebab siaran kartun dorang hanya akan dipasang jam 8mlm ke atas. Nasib la anak2 memahami.. Dari awal follow drama ni jalan cerita dia menarik gak. Cerita ini berkisahkan percintaan 3 segi.  Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia yang berdiri antara dua lelaki yang sangat dikasihinya , dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang. Dhia seorang gadis kampung yang disukai ramai kerana perwatakan yang ayu, lembut dan cantik.  Kisah2 percintaan Dhia diuji dengan kehadiran orang yang cemburu dgn apa yang dimilikinya.  Tapi sebenarnya yang buat aku suka sangat cerita ni sebab ada pelakon yang merangkap hero dalam cerita ni .... 




  •  

A.D.Y.P.U.T.R.A.



Suka sangat kalo mamat ni berlakon. Mamat ni macam ada karisma dia tersendiri yang boleh buat kita sebagai penonton macam saya ni suka kat dia. Kalo tak silap banyak jugak drama yang dia berlakon antaranye yang ada tayang kat astro sekarang "Suria di Cordoba". Tapi citer ni macam tak menarik je. Mungkin jalan cerita mempengaruhi sesebuah drama dan  kemudian baru la para pelakon.  Harap2 cerita ni berakhir dengan kesudahan cinta yang romantis..





Antara part yang aku paling suka masa ni Zikir (Ady Putra) tengah usha Dhia dari jauh...malu-malu kuching. Aku sebagai penonton pun malu2..

  •  
Ada tak blogger yang layan cerita ni. tinggalkan komen anda ;)

2 comments:

  1. hik2...akak pon layan jgk sarah..kul 7 mesti terpacak dpn tv...irfan tk mengacau sbb dia ada pc dia sendiri...akan jdk layan drama sejak nora elena ari tue...membwk smpi ke soffiya..

    ReplyDelete
  2. kak ina.. betul2. sara pon ikut slot akasia ni dari drama nora elena.huhu.. nasibla lan tak balik awal.kalo tak berebut remote dgn dia.hehe

    ReplyDelete