Pages

Monday 31 December 2012

WELCOME 2013

Today 1.1.2013.. Selamat Tahun Baru  my frens. Bila masuk tahun baru .. mesti cerita azam baru tidak dilupakan. Azam tahun baru saya??

1. I want baby girl.. Insyallah jika dikurniakan rezeki dari Allah S.W.T
2. Nak beli rumah di Tanjong Malim... dh lama menyewa di Tg Malim. Insyallah sekiranya dimurahkan  
    rezeki. Masih dalam proses keep on survey
3. Nak bisnes kecil2an .. Insyaallah sekiranya dimurahkan rezeki nak meniaga. Meniaga apa? Masih dalam
    perancangan. Minatku kepada bidang perniagaan semakin mendalam dan kerana minat ini akan akan aku
    usahakan dan bersyukur mendapat sokongan suami. Semoga impianku ini akan tercapai. Insyallah...

Ok, thats all my wish for 2013...

I WONT GIVE UP

Wednesday 12 December 2012

LOVE SAMSUNG

MY GADGET..


Seiring dengan teknologi yg makin maju.. SAMSUNG kini pengeluar telefon pintar terbesar di dunia dan telah menewaskan Apple. Dari sumber yang diperolehi, Samsung telah mengeluarkan lebih daripada 27.8 juta peranti pintar, sekaligus memegang lebih 23.8% daripada pegangan pasaran telefon pintar. Apple pada tempoh yang sama hanya mengeluarkan 17.1 juta telefon pintar.  Aku adalah di antara peminat tegar gajet SAMSUNG. Pantang aje kalo ada gajet keluaran terbaru.  Kalau ikutkan membazir je duit.. tapi disebabkan sebagai "peminat setia" aku turutkan sahaja kehendak hati.   Dan sekarang ni dalam hati sedang dan ingin mendapatkan SAMSUNG smart camera.. hahahaha. Layanzzz...


My 1st gajet from samsung..



2nd..



3rd.. the one and only now



The next i wanted .. from SAMSUNG. Jeng.... Jeng.......... Jeng...........

SAMSUNG SMART CAMERA... One-touch wireless sharing






 May dream will come true...

Wednesday 21 November 2012

COME BACK

Tenggelam timbul.. tenggelam timbul.. Lama menyepikan diri dari menulis di blog kesayanganku ini.  Menyepi dengan 'come back' yang lebih menarik. hahaha.. menarik la sangat (mata ke atas tangan di bahu). Ok.. enough for intro. Just wait for next stories


Thursday 7 June 2012

MINGGU YG MENGUJI KESABARAN

Minggu ni minggu yang mencabar kesabaran aku bile nak hantar anak-anak ke taska.  Ini kisah tentang safwan... Sejak hari selasa safwan nangis2 tak mo pegi sekolah. Aku ingat biasa je dia nangis macam mula2 dulu berpisah kelas dgn abang dia. tapi kali ni teruk pulak meragam nye tk mau ke sekolah.  Dipendekkan cerita hari ni bila dah mandi, siap pakai cantik2 dia cakap "tak nak solah"..papa dia pon dukung la masuk kan dlm keta. bile aku tgh siap2 nk ambik beg semua dia lak turun lari masuk dalam rumah. sejak hari selasa dah 2 kali mama punye 'punch in' merah.. jenuh la dlm keta aku pujuk pon tk mau nk bg diam. sudahnye aku biar kan je la.  mama bersabar je la. bile dh sampi UPSI confirm la tak nak turun dari kereta pulak. time ni memang la kan menguji kesabaran aku.  nasib la bos takde hari ni boleh la jugak masuk lewat.  

Bile aku jumpa pengasuh tanya macam mana safwan kt kelas.. pengasuh cakap beberapa hari ni memang dia murung. makan pon menangis. rupe2 nye nak masuk kelas pon takut. tido pon menangis. ada sekali tu dia tido tk lena .. dia bangun nangis2 pengasuh bagi tau.  pastu dia cakap "asang ampu" .. ingatkan ape la dia cakap tu. rupe2 nye pengasuh cakap dia soh pasang lampu.  hari ni pengasuh bagi tau aku soh bawak berubat dengan ustaz. ambik air penawar.  mana tau kan semangat dia boleh pulih.  budak2 kan bukan tau nk explain kat kita apa dia.  mama berusaha la ye. mana tau semangat adik boleh pulih lepas ni.  mama pon sian jugak.. hairan pon ada. ingatkan nangis sebab nak duduk kelas sama dgn abang dia.. tapi bile cikgu cuba bawak ke kelas lain dia tak nangis pulak. memang dia tak berkenan sungguh nak dok kelas dia. hmmmm ... sian anak mama.  hari ni mama nk bawak jumpa ustaz darul syifa .. ustaz tk bukak kelas hari ni. esok baru ustaz ada.. sekejab lagi kul 4 nak ambik safwan bawak ke office. kebetulan bos pon takde. boleh la dia duduk kt office aku kejab.  moga2 lepas ni safwan ceria macam dulu.  suka pegi sekolah.. nk buat aktiviti dgn kwn2.. ada senamrobik.. 


Saat-saat ceria safwan di kelas..







Tuesday 5 June 2012

Imam Muda Musim Ke-3

PROMO IMAM MUDA MUSIM 3

Rancangan realiti Imam Muda telah kembali untuk musim ke 3.  Tahniah astro kerana dapat menerbitkan rancangan realiti tv berbeza dengan rancangan realiti tv yang lain. Aku mengikuti rancangan imam muda ni dari musim 1.  Untuk musim ke 3 ini aku nk wish Good Luck untuk my cousin Imam Muda Faris @ Syed Mohd Faris b. Syed Roslan.  Kami sekeluarga mendoakan moga faris dapat pertahankan kedudukan hingga ke final .. Insyaallah

Not available.. status : berkahwin 2 orang anak ;)



Monday 4 June 2012

HAPPY BIRTHDAY PAPA..  31st

Happy Birthday untuk suami tersayang ke 31st.. on 12 Mei (dah basi sebab lambat update blog) Jarang-jarang sekali nak buat surprise untuk suami .. so kali ni aku plan buat kejutan untuk 'birthday boy' di booth tempat suami kerja.  kebetulan pulak suami ada event di UPSI .. dan kejutan untuk suami,.. aku dengan 2 hero yang sentiasa menemani mama dorang datang ke booth papa malam tu.  hmmm.. memang tak disangka sangka la kami datang malam tu bawak kek untuk papa.. reaksi birthday boy masa tu malu2 kucing. hahahahaa!! dan semestinya terharu la kan.. sayang dan anak-anak mendoakan semoga kebahagiaan, keberkatan sentiasa mengiringi perjalanan kehidupan kita sekeluarga..we love u PAPA..Mmmuuaaahhhh

Butterscotch cake.. yummy


Birthday boy ;)
Hadiah untuk birthday boy..

Thursday 10 May 2012

COUSIN WEDDING..

Al-kisah entri yang dah lama sepatutnye di update .. cousin wedding (my mom side).  Sepupu perempuan yang bernama Siti Nor Amalina Mohd Shahizan. Majlis telah diadakan di dewan kuarters TNB, Kapar Klang.  Mendoakan yang terbaik buat mereka suami isteri dan moga berpanjangan jodohnye kekal hingga ke akhir hayat. Happy.. Happy.. Happy

Hanya sebahagian dari ahli keluarga yang sempat ambik gmbar dengan pengantin ..

Pengantin yang cantekk

Kakak saya perasan mcm pengantin baru


my family

my sis family

my uncle family..

my cousin family

me n cousin

me, my sis n cousin

sebahagian adik beradik mak saya.. mak pengantin yg sebelah kanan

rayyan n safwan

2 cute boys...

Thursday 26 April 2012

BIRTHDAY BOY.. 2YEARS

Entri kali ni patutnye dh lama di update. Wpun dah birthday boy ni bulan 3.. aku just nk share pengalaman mengandung dan melahirkan safwan pulak. kalau dulu aku share pengalaman mengandungkan dan melahirkan rayyan.. kali ni pulak kisah birthday boy saya safwan.    Perbezaan jarak umur safwan dgn abang dia tk jauh mana.  Mengandung rapat.. setahun sorang.  Tapi bile tgk dorang membesar sama2 dh mcm kembar pon ada. kembar tak seiras. ramai la yg bertanya kembar ke. hmmm... mcm artis tau g mana2 mesti orang tnya. hahahaha.... kalau nak beli ape2 mesti kena beli untuk dua orang. kalau beli utk seorang je .. confirm la mengamuk sorang lagi.  dari segi pakaian, mainan..dan ape2 je la.  dh la kena beli 2 .. kaler pon kena sama you allss. kalau tak sama berebut nak yang satu tu jugak.  haihhhh.. macam kembar kan. bile seorang takde mesti salah seorang tanya. especially safwan. Mengandungkan safwan sama juga mcm abang dia .. alahan tu wajib . cuma beza alahan sampai 5bulan je. tapi rekod masuk keluar hospital maintain.. dari mengadungkan abang dia sama jugak safwan.  pengalaman mengandungkan dua2 boy selera makan memang takde. kalau orang lain.. berat naik. aku pulak berat turun. sampai la 9 bulan ...naik 9-10kg je dari berat asal

Safwan ni keluarnye awal dari tarikh yang dijangkakan.  tarikh doktor bagi .. 28/3/2012... tapi bersalin 3minggu awal. huhuhuh.. dh la masa mengandungkan safwan ni kuat berjalan. ligat nk berjalan je. nasib la bukan jenis kaki bengkak. sampaikan 1hari sebelum bersalin sebenarnya rahim dah bukak 3cm.  1 hari sebelum tu sempat beli2 barang kt tesco.  malam tu terasa sakit pinggang sangat. n kejab2 sakit perut. tapi masih boleh bertahan lagi hingga keesokan harinye ada appoinment dgn gynae dan masa tu lah 'cek-up' n then diberitahu rahim dh bukak 3cm. terus warded la.  doc tnya takde tanda2 sakit rs mcm nk berak ke sebab dh bukak 3cm.  aku rileks je kan .. boleh jalan2 beli barang lagi. tu nasib kira baik la jugak sebab tak sakit kt tesco. maunye kalau bersalin kt tesco tu. hihiihi.. 

Bile dah masuk ward.. mcm biasa la untuk mempercepatkan rasa contraction tu..aku di induce tengahari.  sakitnye macam biasa la .. sampai menangis .  suami  setia menemani isteri.  disuruh tunggu sehingga bersalin. jangan ke mana2 .. nak nampak ada je depan mata.  kali ni contraction cepat.. anak no. 2 kan.  dari 3cm cepat je ke 7cm n then 10cm.  ms 9cm tu memang dh rasa nk bersalin sangat la. mcm sembelit nak keluar batu keras rasanye.  ms tu pulak doc ada patient lain yg nk bersalin. aku disuruh tahan jgn meneran. gilerr weh... aku dh tak tahan. aku tak kira ar.. mana leh tahan2.  mujur tk lama pon dlm 10min kot.. doc muncul.  kali ni aku bersalin kt Pantari Putri, Ipoh.  Gynae kali ni sangat la bersopan santun.. baik sangat, lembut. Gynae aku Datin Dr. Mimin.. mybe anak ke 3 aku nak bersalin lagi kt Pantai n kalo Dr. Mimin ni masih pakar O&G kt sini. Wpun anak no 2 bukan senang nk kuar weiii.. sesetengah orang cakap kalau mengandung kerap senang nk bersalin. jalan tu dh ada. "SAPE CAKAP"  bukan sekali je aku teran... rasanye mau 4-5 kali teran gak ooo...muka bertukar tukar warna .. kejab-kejab merah..ungu..hijau..biru. Akhirnya pada 8/3/2012 jam 6.26p.m. lahirlah baby boy..yang kini dah berusia 2tahun pada tahun 2012.  Nama diberi Nor Safwan Absyar bin Nor Azlan.  Moga dengan anuegerah yang diberi oleh Allah S.W.T  ini mudah mudahan kami sekeluarga dimurahkan rezeki ... amin.  Moga kedua dua anugerah yang diberi oleh Allah ini akan taat dan menjaga aku dan suami sehingga ke akhir hayat.. gambar2 kt bawah celebrate birthday safwan kt taska je. buat kecil kecilan je.   








Wednesday 25 April 2012

DAH LAMA TK UPDATE BLOG KESAYANGAN... 

Hi.. lama nokk mak tk update blog. penuh spider. jenuh nak menyapu nk menghalau mak,bapak,anak spider. mcm ni la keadaan kalo rumah lama ditinggalkan. sorry ya my friend blogger coz lama tak hupdate. kita mulakan dengan cerita........

RUMAHKU .. DISEWA ORANG. HUHU.. SEDIH

Tahun 2009.. aku telah membeli rumah di Ipoh. Dengan harapan akan dapat bertukar ke Ipoh.  Sehingga ke hari ni aku masih belum ada rezeki untuk mendapat pekerjaan yang baru di Ipoh.  Rumah dah siap tahun 2010 lagi. Sebaya umur anak aku yg no. 2.. Sehingga Mac 2012, 2tahun lebih rumah tu terbiar. So, tahun ni aku dgn husband ambk keptusan untuk sewakan je. Walaupun berat hati nak sewakan kt orang lain. Tapi kalau dibiarkan .. tak elok dan rosak juga nanti.  Untung la orang yang menyewa kerana masuk rumah baru yang mana tuan rumah pon belum rasmi.. sob.. sob.. untuk masa akan datang mungkin aku aku beli rumah di tg malim pulak. sejak kahwin sampai anak 2.. dh 5tahun aku menyewa di tg malim ni. nk merasa duduk umah ipoh tkde rezeki. mungkin rezeki di tg malim sampai pencen. hmm.. mungkinkah?!$%&@... harga rumah sekarang pon dh mahal. tapi takpe.. rumah kalo nk jual mybe ada je buyer. kt sini, aku bentangkan gambar rumah aku nun jauh di Ipoh ;( rumah aku tak canteek.. orang susah. ni je yg aku dgn husband mampu









Rayyan umur 1tahun lebih.. lama dh gambar ni diambil

Thursday 26 January 2012

21st January

21st January.. always on my mind. Mom and Rayyan birthday.  Happy Birthday to both... love them very much.  Rayyan almost 3yrs and my mom 52.  Mengimbas kembali memori indah saat-saat mengandungkan Rayyan memang banyak masalah yang dihadapi.  Mama keluar masuk hospital akibat alahan or 'morning sickness' yang teruk sehingga 9 bulan.  Walaupun kandungan dah mencecah 8 bulan mama masih loya dan muntah2 tak berhenti.  Mama juga disahkan menghidapi penyakit tiroid dan doktor nasihatkan mama agar bersalin apabila usia kandungan genap 37 minggu dengan cara induce. Waktu itu 37 minggu bersamaan 19 Januari 2009.  Tetapi mama mintak tangguh dengan doktor kepada 21 Januari semata mata nk sama tarikh lahir dengan Wan Rayyan ;) Doktor yang menyambut Rayyan namanye Sharifah.  Mama suka dia sebab over friendly. Hehe! So, 21 Januari 2009 lebih kurang jam 9.30 pg mama di 'induce' untuk mempercepatkan contraction.  Sehingga jam 11 lebih mama dah dapatkan rasa contraction yg sangat2 kuat n sakitnya tak dapat nak digambarkan sehingga mama menangis.  Mujur Papa sentiasa ada di sisi menemani mama untuk memberi semangat. Akibat terlalu sakit dan 'nurse' kesian kat mama dia cucuk mama ubat tahan sakit kot sampaikan mama tertido. Jam 2 lebih kalau mama tak silap Doktor datang dan mengesahkan laluan dah buka sehingga 7cm. Tapi masa tu keadaan mama lemah akibat kesan ubat dan bile doktor check jantung baby pon dah lemah.  Masa tu kecoh la Doktor Sharifah marah2 nurse kat situ tak pantau pesakit sampaikan tak perasan jantung baby dah lemah n then mama terus dibawa ke 'labour room' untuk melahirkan Rayyan.  Saat2 nk melahirkan Rayyan masa tu memang susah sebab mama tak kuat nk meneran.  Satu perkara yang mama memang tak boleh lupa bila mama cakap kat doktor : Doktor, saya nak tido.."  Aduhh.. sebab masa tu mama memang mengantuk sangat.  Atas semangat Papa Rayyan yang tak putus2 sebut 'push' 'push' dan nurse yg turut memberi semangat mama jadi kuat.  Mama sedaya upaya meneran sehingga sampai satu tahap memang mama  tak boleh jugak meneran.. dan masih terngiang ngiang suara Doktor Sharifah menyebut 'vacuum'.  Akhirnya Rayyan terpaksa dilahirkan secara vacuum.  Jam 3.35pm lahirlah seorang bayi lelaki yang sihat dan mama panjatkan kesyukuran Alhamdulillah.. terima kasih atas Anugerah ini Ya Allah. Apabila semuanya selesai mama pening dan muntah2 mungkin kesan ubat tahan sakit.  Disebabkan terlalu lemah mama terus lena diulit mimpi sehingga mama sedar malam itu mama dah berada di wad dan masa tu atuk, wan, mak yong, atam.. datang melawat. 

Begitulah kisah yang mama dapat kongsikan dan akan mama abadikan kenangan yang indah ini sampai bila2 yang tidak mungkin akan dilupakan oleh setiap wanita yang bergelar 'Ibu'.....
Terima Kasih pada emak ku juga kerana telah melahirkan dan membesarkan..

Nama diberi Nor Rayyan Absyar bin Nor Azlan 









 Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak mama.. Moga menjadi anak yang soleh, baik dan berilmu