Pages

Thursday 26 January 2012

21st January

21st January.. always on my mind. Mom and Rayyan birthday.  Happy Birthday to both... love them very much.  Rayyan almost 3yrs and my mom 52.  Mengimbas kembali memori indah saat-saat mengandungkan Rayyan memang banyak masalah yang dihadapi.  Mama keluar masuk hospital akibat alahan or 'morning sickness' yang teruk sehingga 9 bulan.  Walaupun kandungan dah mencecah 8 bulan mama masih loya dan muntah2 tak berhenti.  Mama juga disahkan menghidapi penyakit tiroid dan doktor nasihatkan mama agar bersalin apabila usia kandungan genap 37 minggu dengan cara induce. Waktu itu 37 minggu bersamaan 19 Januari 2009.  Tetapi mama mintak tangguh dengan doktor kepada 21 Januari semata mata nk sama tarikh lahir dengan Wan Rayyan ;) Doktor yang menyambut Rayyan namanye Sharifah.  Mama suka dia sebab over friendly. Hehe! So, 21 Januari 2009 lebih kurang jam 9.30 pg mama di 'induce' untuk mempercepatkan contraction.  Sehingga jam 11 lebih mama dah dapatkan rasa contraction yg sangat2 kuat n sakitnya tak dapat nak digambarkan sehingga mama menangis.  Mujur Papa sentiasa ada di sisi menemani mama untuk memberi semangat. Akibat terlalu sakit dan 'nurse' kesian kat mama dia cucuk mama ubat tahan sakit kot sampaikan mama tertido. Jam 2 lebih kalau mama tak silap Doktor datang dan mengesahkan laluan dah buka sehingga 7cm. Tapi masa tu keadaan mama lemah akibat kesan ubat dan bile doktor check jantung baby pon dah lemah.  Masa tu kecoh la Doktor Sharifah marah2 nurse kat situ tak pantau pesakit sampaikan tak perasan jantung baby dah lemah n then mama terus dibawa ke 'labour room' untuk melahirkan Rayyan.  Saat2 nk melahirkan Rayyan masa tu memang susah sebab mama tak kuat nk meneran.  Satu perkara yang mama memang tak boleh lupa bila mama cakap kat doktor : Doktor, saya nak tido.."  Aduhh.. sebab masa tu mama memang mengantuk sangat.  Atas semangat Papa Rayyan yang tak putus2 sebut 'push' 'push' dan nurse yg turut memberi semangat mama jadi kuat.  Mama sedaya upaya meneran sehingga sampai satu tahap memang mama  tak boleh jugak meneran.. dan masih terngiang ngiang suara Doktor Sharifah menyebut 'vacuum'.  Akhirnya Rayyan terpaksa dilahirkan secara vacuum.  Jam 3.35pm lahirlah seorang bayi lelaki yang sihat dan mama panjatkan kesyukuran Alhamdulillah.. terima kasih atas Anugerah ini Ya Allah. Apabila semuanya selesai mama pening dan muntah2 mungkin kesan ubat tahan sakit.  Disebabkan terlalu lemah mama terus lena diulit mimpi sehingga mama sedar malam itu mama dah berada di wad dan masa tu atuk, wan, mak yong, atam.. datang melawat. 

Begitulah kisah yang mama dapat kongsikan dan akan mama abadikan kenangan yang indah ini sampai bila2 yang tidak mungkin akan dilupakan oleh setiap wanita yang bergelar 'Ibu'.....
Terima Kasih pada emak ku juga kerana telah melahirkan dan membesarkan..

Nama diberi Nor Rayyan Absyar bin Nor Azlan 









 Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak mama.. Moga menjadi anak yang soleh, baik dan berilmu

Tuesday 24 January 2012

Kesian Papa..

Bertemu kembali selepas bercuti panjang sempena cuti umum Tahun Baru Cina.  bile cuti panjang mcm ni la semua sibuk nak balik kampung. kampung aku ipoh n taiping (husband side).  cerita cuti balik kampung kami kali ini bermula dengan tragedi kereta suamiku 'dilanggar' orang dari belakang. mujur aku dengan anak2 takde sbb dah dihantar ke rumah mak aku dulu. then baru suami pergi keje semula dgn kawan. kejadian berlaku di tapah yang melibatkan 5 biji kereta.  ape2 pon bersyukur semua selamat.  untuk suamiku sekiranya membaca entri ini... ape2 pon bersyukur sebab takde sesiapa yg cedera dan ada hikmah di sebaliknya kerana secara tidak langsung mengingatkan kita agar lebih berhati-hati di jalan raya. so, drive carefully ya papa.. make our journey safely



* sikit je papa.. tak teruk sgt. huhuhuhu

Tuesday 3 January 2012

Aquaria KLCC dan i-City

Yuhuuuu.. baru nk update citer jenjalan last 2 week sempena cuti umum krismas. Mak, kakak n adik saya dtg bermalam di tg malim. Jarang2 sekali dorang ni nak dtg tg malim.  Ayah aku je tak dapat datang coz byk kenduri kawin katanye.  Tjuuan utama datang nk pergi Aquaria n I-city.  Nasib la my lovely husband layankan aje karenah dorang.  Tq so much la darling.. Sesekali bawak mertua n ipar jalan kuala lumpur. bukan selalu. Cuma pergi time cuti umum mmg ramai la masyarakatnye. Memang bersesak sesak la kami di aquaria n i-city. Yang penting hajat dorang dh kesampaian.  Pasni takde la nganga je kalo orang dok citer. hahahaa.. jom kita layan gambar  

Our small family


Me n My Sis



Papa n Rayyan

Rayyan, Safwan n Qisha

Papa n Safwan

My Sis Famili

My husband


Ini adik saya.. no 3

Ini emak saya.. sakan posing



Akhirnya..

Welcome 2012.. Aku nk berkongsi mengenai pilihan yg telah aku buat tentang...... bukan tentang Dhia tapi tentang  ........







tadaa.....
Canon EOS 1100D
Sekian...Peace Yo!!