Pages

Thursday 26 January 2012

21st January

21st January.. always on my mind. Mom and Rayyan birthday.  Happy Birthday to both... love them very much.  Rayyan almost 3yrs and my mom 52.  Mengimbas kembali memori indah saat-saat mengandungkan Rayyan memang banyak masalah yang dihadapi.  Mama keluar masuk hospital akibat alahan or 'morning sickness' yang teruk sehingga 9 bulan.  Walaupun kandungan dah mencecah 8 bulan mama masih loya dan muntah2 tak berhenti.  Mama juga disahkan menghidapi penyakit tiroid dan doktor nasihatkan mama agar bersalin apabila usia kandungan genap 37 minggu dengan cara induce. Waktu itu 37 minggu bersamaan 19 Januari 2009.  Tetapi mama mintak tangguh dengan doktor kepada 21 Januari semata mata nk sama tarikh lahir dengan Wan Rayyan ;) Doktor yang menyambut Rayyan namanye Sharifah.  Mama suka dia sebab over friendly. Hehe! So, 21 Januari 2009 lebih kurang jam 9.30 pg mama di 'induce' untuk mempercepatkan contraction.  Sehingga jam 11 lebih mama dah dapatkan rasa contraction yg sangat2 kuat n sakitnya tak dapat nak digambarkan sehingga mama menangis.  Mujur Papa sentiasa ada di sisi menemani mama untuk memberi semangat. Akibat terlalu sakit dan 'nurse' kesian kat mama dia cucuk mama ubat tahan sakit kot sampaikan mama tertido. Jam 2 lebih kalau mama tak silap Doktor datang dan mengesahkan laluan dah buka sehingga 7cm. Tapi masa tu keadaan mama lemah akibat kesan ubat dan bile doktor check jantung baby pon dah lemah.  Masa tu kecoh la Doktor Sharifah marah2 nurse kat situ tak pantau pesakit sampaikan tak perasan jantung baby dah lemah n then mama terus dibawa ke 'labour room' untuk melahirkan Rayyan.  Saat2 nk melahirkan Rayyan masa tu memang susah sebab mama tak kuat nk meneran.  Satu perkara yang mama memang tak boleh lupa bila mama cakap kat doktor : Doktor, saya nak tido.."  Aduhh.. sebab masa tu mama memang mengantuk sangat.  Atas semangat Papa Rayyan yang tak putus2 sebut 'push' 'push' dan nurse yg turut memberi semangat mama jadi kuat.  Mama sedaya upaya meneran sehingga sampai satu tahap memang mama  tak boleh jugak meneran.. dan masih terngiang ngiang suara Doktor Sharifah menyebut 'vacuum'.  Akhirnya Rayyan terpaksa dilahirkan secara vacuum.  Jam 3.35pm lahirlah seorang bayi lelaki yang sihat dan mama panjatkan kesyukuran Alhamdulillah.. terima kasih atas Anugerah ini Ya Allah. Apabila semuanya selesai mama pening dan muntah2 mungkin kesan ubat tahan sakit.  Disebabkan terlalu lemah mama terus lena diulit mimpi sehingga mama sedar malam itu mama dah berada di wad dan masa tu atuk, wan, mak yong, atam.. datang melawat. 

Begitulah kisah yang mama dapat kongsikan dan akan mama abadikan kenangan yang indah ini sampai bila2 yang tidak mungkin akan dilupakan oleh setiap wanita yang bergelar 'Ibu'.....
Terima Kasih pada emak ku juga kerana telah melahirkan dan membesarkan..

Nama diberi Nor Rayyan Absyar bin Nor Azlan 









 Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak mama.. Moga menjadi anak yang soleh, baik dan berilmu

1 comment:

  1. Happy belated birthday rayyan syg..
    Juga moga dipanjangkan umur buat mama sarah..
    ;D

    ReplyDelete