Pages

Thursday, 26 April 2012

BIRTHDAY BOY.. 2YEARS

Entri kali ni patutnye dh lama di update. Wpun dah birthday boy ni bulan 3.. aku just nk share pengalaman mengandung dan melahirkan safwan pulak. kalau dulu aku share pengalaman mengandungkan dan melahirkan rayyan.. kali ni pulak kisah birthday boy saya safwan.    Perbezaan jarak umur safwan dgn abang dia tk jauh mana.  Mengandung rapat.. setahun sorang.  Tapi bile tgk dorang membesar sama2 dh mcm kembar pon ada. kembar tak seiras. ramai la yg bertanya kembar ke. hmmm... mcm artis tau g mana2 mesti orang tnya. hahahaha.... kalau nak beli ape2 mesti kena beli untuk dua orang. kalau beli utk seorang je .. confirm la mengamuk sorang lagi.  dari segi pakaian, mainan..dan ape2 je la.  dh la kena beli 2 .. kaler pon kena sama you allss. kalau tak sama berebut nak yang satu tu jugak.  haihhhh.. macam kembar kan. bile seorang takde mesti salah seorang tanya. especially safwan. Mengandungkan safwan sama juga mcm abang dia .. alahan tu wajib . cuma beza alahan sampai 5bulan je. tapi rekod masuk keluar hospital maintain.. dari mengadungkan abang dia sama jugak safwan.  pengalaman mengandungkan dua2 boy selera makan memang takde. kalau orang lain.. berat naik. aku pulak berat turun. sampai la 9 bulan ...naik 9-10kg je dari berat asal

Safwan ni keluarnye awal dari tarikh yang dijangkakan.  tarikh doktor bagi .. 28/3/2012... tapi bersalin 3minggu awal. huhuhuh.. dh la masa mengandungkan safwan ni kuat berjalan. ligat nk berjalan je. nasib la bukan jenis kaki bengkak. sampaikan 1hari sebelum bersalin sebenarnya rahim dah bukak 3cm.  1 hari sebelum tu sempat beli2 barang kt tesco.  malam tu terasa sakit pinggang sangat. n kejab2 sakit perut. tapi masih boleh bertahan lagi hingga keesokan harinye ada appoinment dgn gynae dan masa tu lah 'cek-up' n then diberitahu rahim dh bukak 3cm. terus warded la.  doc tnya takde tanda2 sakit rs mcm nk berak ke sebab dh bukak 3cm.  aku rileks je kan .. boleh jalan2 beli barang lagi. tu nasib kira baik la jugak sebab tak sakit kt tesco. maunye kalau bersalin kt tesco tu. hihiihi.. 

Bile dah masuk ward.. mcm biasa la untuk mempercepatkan rasa contraction tu..aku di induce tengahari.  sakitnye macam biasa la .. sampai menangis .  suami  setia menemani isteri.  disuruh tunggu sehingga bersalin. jangan ke mana2 .. nak nampak ada je depan mata.  kali ni contraction cepat.. anak no. 2 kan.  dari 3cm cepat je ke 7cm n then 10cm.  ms 9cm tu memang dh rasa nk bersalin sangat la. mcm sembelit nak keluar batu keras rasanye.  ms tu pulak doc ada patient lain yg nk bersalin. aku disuruh tahan jgn meneran. gilerr weh... aku dh tak tahan. aku tak kira ar.. mana leh tahan2.  mujur tk lama pon dlm 10min kot.. doc muncul.  kali ni aku bersalin kt Pantari Putri, Ipoh.  Gynae kali ni sangat la bersopan santun.. baik sangat, lembut. Gynae aku Datin Dr. Mimin.. mybe anak ke 3 aku nak bersalin lagi kt Pantai n kalo Dr. Mimin ni masih pakar O&G kt sini. Wpun anak no 2 bukan senang nk kuar weiii.. sesetengah orang cakap kalau mengandung kerap senang nk bersalin. jalan tu dh ada. "SAPE CAKAP"  bukan sekali je aku teran... rasanye mau 4-5 kali teran gak ooo...muka bertukar tukar warna .. kejab-kejab merah..ungu..hijau..biru. Akhirnya pada 8/3/2012 jam 6.26p.m. lahirlah baby boy..yang kini dah berusia 2tahun pada tahun 2012.  Nama diberi Nor Safwan Absyar bin Nor Azlan.  Moga dengan anuegerah yang diberi oleh Allah S.W.T  ini mudah mudahan kami sekeluarga dimurahkan rezeki ... amin.  Moga kedua dua anugerah yang diberi oleh Allah ini akan taat dan menjaga aku dan suami sehingga ke akhir hayat.. gambar2 kt bawah celebrate birthday safwan kt taska je. buat kecil kecilan je.   








Wednesday, 25 April 2012

DAH LAMA TK UPDATE BLOG KESAYANGAN... 

Hi.. lama nokk mak tk update blog. penuh spider. jenuh nak menyapu nk menghalau mak,bapak,anak spider. mcm ni la keadaan kalo rumah lama ditinggalkan. sorry ya my friend blogger coz lama tak hupdate. kita mulakan dengan cerita........

RUMAHKU .. DISEWA ORANG. HUHU.. SEDIH

Tahun 2009.. aku telah membeli rumah di Ipoh. Dengan harapan akan dapat bertukar ke Ipoh.  Sehingga ke hari ni aku masih belum ada rezeki untuk mendapat pekerjaan yang baru di Ipoh.  Rumah dah siap tahun 2010 lagi. Sebaya umur anak aku yg no. 2.. Sehingga Mac 2012, 2tahun lebih rumah tu terbiar. So, tahun ni aku dgn husband ambk keptusan untuk sewakan je. Walaupun berat hati nak sewakan kt orang lain. Tapi kalau dibiarkan .. tak elok dan rosak juga nanti.  Untung la orang yang menyewa kerana masuk rumah baru yang mana tuan rumah pon belum rasmi.. sob.. sob.. untuk masa akan datang mungkin aku aku beli rumah di tg malim pulak. sejak kahwin sampai anak 2.. dh 5tahun aku menyewa di tg malim ni. nk merasa duduk umah ipoh tkde rezeki. mungkin rezeki di tg malim sampai pencen. hmm.. mungkinkah?!$%&@... harga rumah sekarang pon dh mahal. tapi takpe.. rumah kalo nk jual mybe ada je buyer. kt sini, aku bentangkan gambar rumah aku nun jauh di Ipoh ;( rumah aku tak canteek.. orang susah. ni je yg aku dgn husband mampu









Rayyan umur 1tahun lebih.. lama dh gambar ni diambil

Thursday, 26 January 2012

21st January

21st January.. always on my mind. Mom and Rayyan birthday.  Happy Birthday to both... love them very much.  Rayyan almost 3yrs and my mom 52.  Mengimbas kembali memori indah saat-saat mengandungkan Rayyan memang banyak masalah yang dihadapi.  Mama keluar masuk hospital akibat alahan or 'morning sickness' yang teruk sehingga 9 bulan.  Walaupun kandungan dah mencecah 8 bulan mama masih loya dan muntah2 tak berhenti.  Mama juga disahkan menghidapi penyakit tiroid dan doktor nasihatkan mama agar bersalin apabila usia kandungan genap 37 minggu dengan cara induce. Waktu itu 37 minggu bersamaan 19 Januari 2009.  Tetapi mama mintak tangguh dengan doktor kepada 21 Januari semata mata nk sama tarikh lahir dengan Wan Rayyan ;) Doktor yang menyambut Rayyan namanye Sharifah.  Mama suka dia sebab over friendly. Hehe! So, 21 Januari 2009 lebih kurang jam 9.30 pg mama di 'induce' untuk mempercepatkan contraction.  Sehingga jam 11 lebih mama dah dapatkan rasa contraction yg sangat2 kuat n sakitnya tak dapat nak digambarkan sehingga mama menangis.  Mujur Papa sentiasa ada di sisi menemani mama untuk memberi semangat. Akibat terlalu sakit dan 'nurse' kesian kat mama dia cucuk mama ubat tahan sakit kot sampaikan mama tertido. Jam 2 lebih kalau mama tak silap Doktor datang dan mengesahkan laluan dah buka sehingga 7cm. Tapi masa tu keadaan mama lemah akibat kesan ubat dan bile doktor check jantung baby pon dah lemah.  Masa tu kecoh la Doktor Sharifah marah2 nurse kat situ tak pantau pesakit sampaikan tak perasan jantung baby dah lemah n then mama terus dibawa ke 'labour room' untuk melahirkan Rayyan.  Saat2 nk melahirkan Rayyan masa tu memang susah sebab mama tak kuat nk meneran.  Satu perkara yang mama memang tak boleh lupa bila mama cakap kat doktor : Doktor, saya nak tido.."  Aduhh.. sebab masa tu mama memang mengantuk sangat.  Atas semangat Papa Rayyan yang tak putus2 sebut 'push' 'push' dan nurse yg turut memberi semangat mama jadi kuat.  Mama sedaya upaya meneran sehingga sampai satu tahap memang mama  tak boleh jugak meneran.. dan masih terngiang ngiang suara Doktor Sharifah menyebut 'vacuum'.  Akhirnya Rayyan terpaksa dilahirkan secara vacuum.  Jam 3.35pm lahirlah seorang bayi lelaki yang sihat dan mama panjatkan kesyukuran Alhamdulillah.. terima kasih atas Anugerah ini Ya Allah. Apabila semuanya selesai mama pening dan muntah2 mungkin kesan ubat tahan sakit.  Disebabkan terlalu lemah mama terus lena diulit mimpi sehingga mama sedar malam itu mama dah berada di wad dan masa tu atuk, wan, mak yong, atam.. datang melawat. 

Begitulah kisah yang mama dapat kongsikan dan akan mama abadikan kenangan yang indah ini sampai bila2 yang tidak mungkin akan dilupakan oleh setiap wanita yang bergelar 'Ibu'.....
Terima Kasih pada emak ku juga kerana telah melahirkan dan membesarkan..

Nama diberi Nor Rayyan Absyar bin Nor Azlan 









 Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak mama.. Moga menjadi anak yang soleh, baik dan berilmu

Tuesday, 24 January 2012

Kesian Papa..

Bertemu kembali selepas bercuti panjang sempena cuti umum Tahun Baru Cina.  bile cuti panjang mcm ni la semua sibuk nak balik kampung. kampung aku ipoh n taiping (husband side).  cerita cuti balik kampung kami kali ini bermula dengan tragedi kereta suamiku 'dilanggar' orang dari belakang. mujur aku dengan anak2 takde sbb dah dihantar ke rumah mak aku dulu. then baru suami pergi keje semula dgn kawan. kejadian berlaku di tapah yang melibatkan 5 biji kereta.  ape2 pon bersyukur semua selamat.  untuk suamiku sekiranya membaca entri ini... ape2 pon bersyukur sebab takde sesiapa yg cedera dan ada hikmah di sebaliknya kerana secara tidak langsung mengingatkan kita agar lebih berhati-hati di jalan raya. so, drive carefully ya papa.. make our journey safely



* sikit je papa.. tak teruk sgt. huhuhuhu

Tuesday, 3 January 2012

Aquaria KLCC dan i-City

Yuhuuuu.. baru nk update citer jenjalan last 2 week sempena cuti umum krismas. Mak, kakak n adik saya dtg bermalam di tg malim. Jarang2 sekali dorang ni nak dtg tg malim.  Ayah aku je tak dapat datang coz byk kenduri kawin katanye.  Tjuuan utama datang nk pergi Aquaria n I-city.  Nasib la my lovely husband layankan aje karenah dorang.  Tq so much la darling.. Sesekali bawak mertua n ipar jalan kuala lumpur. bukan selalu. Cuma pergi time cuti umum mmg ramai la masyarakatnye. Memang bersesak sesak la kami di aquaria n i-city. Yang penting hajat dorang dh kesampaian.  Pasni takde la nganga je kalo orang dok citer. hahahaa.. jom kita layan gambar  

Our small family


Me n My Sis



Papa n Rayyan

Rayyan, Safwan n Qisha

Papa n Safwan

My Sis Famili

My husband


Ini adik saya.. no 3

Ini emak saya.. sakan posing



Akhirnya..

Welcome 2012.. Aku nk berkongsi mengenai pilihan yg telah aku buat tentang...... bukan tentang Dhia tapi tentang  ........







tadaa.....
Canon EOS 1100D
Sekian...Peace Yo!!

Tuesday, 20 December 2011

Bonus dan Perfume

Huhuhu..dah lama tk update blog..dulu masa takde blog, bile baca blog orang ternanti nanti bile la blogger tu nak update. Sekarang ni bila aku dh ada blog baru  tau .  Walaupun aku ada masa untuk mengupdate blog tapi idea, cerita n gambar takde maknanya bersawang la blog kita.  When story come out with idea n picture baru la best kan. Bukan nye nak merepek tak tentu kat blog ni.. 'PEACE' yo!

Lebih kurang 10 hari lagi berakhir sudah tahun 2011.  Bile nk masuk tahun baru mula la terasa mcm tak percaya je dh hujung tahun. Masa berputar seiring bumi berputar dgn begitu cepat tanpa disedari.  Mungkin semua dah ada azam tahun baru yang ingin ditunaikan pada tahun baru '2012'.  Aku pon dah ada azam baru yang ingin dilaksanakan tahun depan.  Moga2 kali ini impianku dapat dilaksanakan.. amin. I'll story on the next entry

Aku nak cerita bulan ni kakitangan kerajaan dah dapat bonus.  Semua menanti nantikan kehadiran bulan 12.  Aku pon salah seorang kakitangan 'badan berkanun' yang mendapat bonus.  Masalahnye bile dapat duit lebih ni macam2 yang aku rasa nak beli.  Bila kira2 barang2 yang aku nak beli melebihi duit bonus yang aku dapat. Muhahahaha>>> ape2 pon bulan ni aku nak beli perfume baru coz perfume dah habis.  Aku ni jenis seorang penggemar perfume yang berjimat cermat.  Maksud berjimat cermat aku bile aku beli perfume aku akan pakai sehinggalah ke titisan akhir perfume tu. If 2 tahun bertahan....after 2 tahun tu la aku beli yg baru. Aku belum boleh dikategorikan 'Perfumeholic'.. Aku hanya 'Durianholic'.. hehe!  So, di antara perfume tahun 2012 yang aku nak beli .......

Perfume ni bile aku terbau orang pakai .. mmg sedap bau dia. Tak pernah beli lagi

Dah lama nak try perfume ni .. belum tertunai

Gucci flora ni pon best bangat..
 Mungkinkah akan beli ketiga tiga jenis perfume ini ? Mampu lah sangat makk nak beli

** To all my frens blogger sesiape ada nak recommend perfume yang best2 sila lah post comment ek. tq